|
![[Under Construction]](images/undercon.gif)





| | 
Berikut adalah perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan secara biasa. Namun
begitu jika anda mempunyai sebarang keperluan tertentu dalam penggunaan
komputer, suarakan, kemukakan sahaja pertanyaan. Bantuan/tunjuk ajar akan diberi
dengan sedaya upaya.
- Servis Rutin
-
Jika anda mempunyai komputer yang telah berusia setahun dan ke
atas(bagi komputer klon) atau telah tamat tempoh jaminan(bagi komputer
berjenama).
- Pembaikan (Repair)
-
Jika komputer anda bermasalah atau rosak. Pemeriksaan awal adalah
percuma dan akan dilakukan di kediaman anda(di hadapan anda sendiri!!!).
Namun jika kerosakan/masalah tidak dapat dikesan, unit komputer anda akan
diperiksa secara lebih mendalam atau diuji. Kos minimum(bermula dari RM5
hingga RM20 akan dikenakan bergantung kepada jenis kerosakan. Bagi kos
pembaikan pula bermula dari RM5 tidak termasuk kos alat ganti yang
ditukarkan. Sebarang penukaran alat ganti akan dimaklumkan kepada anda
secara jelas dan menyeluruh dan pilihan penukaran alat ganti adalah
kebebasan anda sepenuhnya.
- Naik Taraf (Upgrade)
-
Jika anda ingin meningkatkan prestasi komputer anda. Ini akan
menjadikan komputer anda samada menjadi lebih laju dan lancar, mengeluarkan
bunyi yang lebih baik umpama 'home theatre', mempunyai monitor yang lebih
besar(hingga kepada saiz projektor!!!), mempunyai pakej perisian yang lebih
lengkap bagi anda meningkatkan produktiviti, bermain GAMES atau permainan
komputer dengan lebih menyeronokkan dan pelbagai lagi mengikut kehendak
peribagi/organisasi anda. Khidmat nasihat ringkas diberikan secara percuma
manakala pemeriksaan awal dan proses naik taraf atau upgrade ini bermula
dari RM5 bergantung kepada jenis dan tahap naik taraf. Ini tidak
termasuk kos komponen tambahan
- Komputer Lama
-
Sudah dapat gading bertuah, tanduk tak berguna lagi. Namun begitu
pepatah ini didapati tidak berapa berkesan bagi bidang IT atau penggunaan
komputer. apatah lagi dengan harga peralatan dan komponen komputer di pasaran adalah agak mahal
bagi pengguna-pengguna biasa. Jika anda mempunyai komputer lama, terdapat
beberapa pilihan untuk memanfaatkannya, samada derma atau jual kepada mereka
yang memerlukannya ataupun ubahsuai/naik taraf untuk menjadikannya berguna
kepada anda ataupun orang tersayang. Seperti biasa, khidmat nasihat ringkas
adalah percuma.
-
- Khidmat Nasihat(PERCUMA!!!)
-
Perkhidmatan ini adalah amat sesuai khususnya bagi bakal pengguna
komputer ataupun sesiapa yang ingin membeli komputer, tetapi masih kurang
arif tentangnya. Khidmat ini diberikan percuma sehingga ke peringkat yang
tertentu
-
- Belajar
-
Anda baru belajar menggunakan komputer, banyak perkara yang belum
anda ketahui. Anda takut komputer rosak jika anda tersilap.....tidak
mengapa, ini adalah perkara biasa bagi pengguna-pengguna baru. Tips-tips
ringkas akan diberikan percuma samada melalui web ini ataupun panggilan
telefon ataupun email. Namun jika anda adalah pengguna yang telah biasa
ataupun mahir dan ingin menambah pengalaman/pengetahuan, tiada
masalah....bantuan intensif secara peribadi akan dikenakan caj perkhidmatan
dan pengangkutan, bergantung kepada perkhidmatan yang diberikan.

| |
Servis Rutin Pembaikan (Repair) Naik Taraf (Upgrade) Komputer Lama Khidmat Nasihat Belajar
|