|
|
|
|
Jika komputer anda bermasalah atau rosak. Pemeriksaan awal adalah percuma dan akan dilakukan di kediaman anda(di hadapan anda sendiri!!!). Namun jika kerosakan/masalah tidak dapat dikesan, unit komputer anda akan diperiksa secara lebih mendalam atau diuji. Kos minimum(bermula dari RM10 hingga RM20 akan dikenakan bergantung kepada jenis kerosakan. Bagi kos pembaikan pula bermula dari RM5 tidak termasuk kos alat ganti yang ditukarkan. Sebarang penukaran alat ganti akan dimaklumkan kepada anda secara jelas dan menyeluruh dan pilihan penukaran alat ganti adalah kebebasan anda sepenuhnya.
Faedah utama
Komputer anda akan diperiksa secara ringkas terlebih dahulu(percuma). Jika punca kerosakan gagal dikesan, pemeriksaan rutin dilakukan(ini dikenakan caj RM 15). Setelah punca kerosakan berjaya ditemui(caj RM 5 dikenakan) ianya akan dibaiki(caj dari RM5 dikenakan). Selain itu pengguna perlu membayar kos alatganti yang ditukarkan jika ada. Ringkasan caj yang dikenakan(tidak termasuk alatganti).
Caj hanya akan dikenakan sekiranya kerosakan berjaya dikesan sahaja. Ini bermakna pengguna tidak akan rugi apa-apa. Bagi kerosakan yang berpunca daripada perisian, kos pembaikan adalah bergantung kepada cara pembaikan dilakukan, bermula dari pengubahsuaian settings hinggalah kepada format hard disk dan install kembali OS(Windows dsb).
|
|
|
Sila hantarkan email ke alamat
[email protected] jika anda mempunyai
sebarang pertanyaan atau kemusykilan.
|