Servis Rutin
Laman Utama / Makluman / Produk / Perkhidmatan

 

 

 

 

[Under Construction]

Servis rutin adalah servis yang perlu dilakukan ke atas unit komputer anda setelah tempoh-tempoh tertentu penggunaan. Sebagaimana kenderaan yang perlu diservis berdasarkan perbatuan(mileage), begitu jugalah komputer perlu diservis berdasarkan penggunaan atau usianya. Ini adalah bagi memastikan komputer sentiasa berada dalam keadaan baik bagi anda menggunakannya tanpa rasa ragu-ragu terhadap risiko kerosakan-kerosakan yang boleh dielakkan di peringkat awal. Kadangkala servis rutin ini juga mampu mengembalikan keadaan komputer anda kepada keadaan sepertimana ianya baru dibeli. 

Antara faedah-faedah utama

bulletMengesan kerosakan pada peringkat awal
bulletMengembalikan prestasi komputer anda
bulletMembuang habuk-habuk atau debu yang terkumpul pada unit koputer terutamanya pada bahagian dalam

Servis ini digalakkan agi setiap tiga bulan sekali(bagi komputer yang mempunyai penggunaan tinggi/lasak) ataupun sekurang-kurangnya enam bulan sekali(bagi komputer dengan penggunaan biasa).

Antara proses-proses atau langkah-langkah yang akan dilakukan ialah:

  1. Pemeriksaan awal - keadaan fizikal luaran, bermula daripada sambungan dan lain-lain
  2. Menghidupkan komputer - pada peringkat ini beberapa perkara akan diperhatikan, samada komputer anda mengeluarkan bunyi kipas yang kuat, lambat untuk memulakan sistem pengoperasian (Windows dsb) dan sebarang simptom-simptom lain yang tidak normal atau tidak seharusnya berlaku.
  3. Memeriksa Sistem Pengoperasian - setelah sistem pengoperasian dimulakan, pemeriksaan ringkas akan dilakukan bermula dengan registry(backup akan dilakukan), fail-fail sistem, keadaan hard disk, CD-ROM/CD-RW/DVD drive, disk drive, drivers, dan keadaan sistem pengoperasian itu sendiri.
  4. Komputer akan dimatikan dan prosesnya akan diperhatikan samada ianya mempunyai keganjilan atau simptom-simptom yang tidak seharusnya berlaku semasa mematikan komputer.
  5. Setelah itu komputer akan dihidupkan sekali lagi bagi memeriksa BIOS. Backup akan dibuat terhadap setting BIOS untuk anda.
  6. Jika perlu unit CPU akan dibuka (dengan persetujuan anda) bagi membersihkan hadbuk atau debu yang terkumpul pada bahagian dalamnya. Ini adalah penting terutamanya bagi komputer generasi baru yang senang menjadi panas.
  7. Komputer akan dipasang kembali seperti asal dan akan diuji di hadapan anda.

Semua proses di atas hanya untuk RM15 dan tunjuk ajar akan diberikan untuk anda melakukannya sendiri.

 

 

 

Laman Utama ] Atas ]

Sila hantarkan email ke alamat [email protected] jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan.
Hakcipta Terpelihara © 2003 miEkkb Computer Services
Tarikh Kemaskini: 12/19/03