|
|
|
|
UPS merupakan singkatan daripada Uninterruptible Power Supply yang bermaksud bekalan kuasa tanpa gangguan. Ianya adalah alatan yang membolehkan bekalan kuasa simpanan disalurkan kepada peralatan yang disambungkan kepada apabila bekalan elektrik terputus atau berada dalam keadaan tidak stabil. Biasanya UPS disambungkan kepada peralatan-peralatan yang mahal dan kritikal seperti server, peralatan rangkaian, komputer operasi dan pelbagai lagi. Contoh jenama UPS yang terkenal adalah
Peralatan UPS yang baik biasanya mahal dan tidak sesuai untuk digunakan pada komputer biasa kerana harganya. Biasanya komputer peribadi biasa hanya perlu dipasangkan dengan alat penstabil arus elektrik iaitu 'stabilizer' atau kadangkala dikenali sebagai 'surge protector' atau penahan kilat. Peralatan ini berharga jauh lebih murah daripada UPS, namun fungsinya adalah terhad kepada menahan arus lebihan daripada masuk ke komputer anda. Ini adalah penting kerana arus lebihan yang mengejut(surge) selalu terhasil pada punca bekalan kuasa domestik. 'Surge' ini berpotensi untuk merosakkan komputer dan peralatan-peralatan elektronik yang lainnya. |
|
|
Sila hantarkan email ke alamat
[email protected] jika anda mempunyai
sebarang pertanyaan atau kemusykilan.
|