RAM
Laman Utama / Makluman / Produk / Perkhidmatan

 

 

 

 

[Under Construction]

RAM merupakan ringkasan daripada Random Access Memory yang bermaksud ingatan dengan akses rambang. Ini kerana ianya adalah storan ingatan dengan mempunyai capaian secara rawak secara sererntak pada mana-mana bahagian ingatan. Ini menjadikannya pantas dan sesuai untuk menyokong mikroprosesor yang pantas. RAM juga menjadi storan ingatan utama bagi komputer kerana sifatnya ini. Sebarang operasi/perisian yang sedang beroperasi dimuatkan dalam RAM bagi memudahkan mikroprosesor mencapainya apabila dikehendaki/diperlukan.

Pada masa kini terdapat pelbagai jenis RAM. Pengguna perlu berhati-hati memilih jenis RAM kerana jika RAM yang dipilih tidak sesuai dengan sistem, terdapat kemungkinan ianya tidak boleh digunakan langsung, menyebabkan kerosakan fizikal yang kekal, menyebabkan prestasi komputer merosot ataupun menyebabkan komputer tidak stabil.

Antara jenis-jenis RAM yang utama terdapat pada masa ini adalah

  1. SDRAM - Synchronous Dynamic RAM

  2. RDRAM - RAMBUS Dynamic RAM

  3. DDR/DDR-SDRAM - Dynamic Data Rate SDRAM

SDRAM - RAM jenis ini mempunyai kelajuan samada 33Mhz, 66Mhz, 100Mhz dan 133Mhz. Namun terdapat juga beberapa versi istimewa dengan kelajuan 150Mhz dan 180Mhz bagi kegunaan khas. RAM jenis ini mula digunakan semasa era Pentium dan berterusan sehingga era Pentium3. Ini kerana pada masa itu, penghubung maklumat bagi sistem yang berasaskan mikroprosesor Pentium hingga Pentium3 beroperasi pada kelajuan sehingga 133Mhz. Begitu juga dengan mikroprosesor dari syarikat-syarikat pesaing seperti AMD, Cyrix, ADT dan lain-lain lagi.

RDRAM - Merupakan simbol teknologi bagi sebuah syarikat iaitu syarikat RAMBUS. RAM ini mempunyai cara beroperasi yang unik dan sangat laju hinggakan ianya menjadi panas dan boleh melecurkan jari anda jika memegangnya semasa ia beroperasi. Pada masa ianya diperkenalkan ia mempunyai kelajuan 800Mhz. Namun begitu sikap angkuh syarikat RAMBUS membawa padah kepada dirinya sendiri. Ini kerana syarikat ini enggan mengeluarkan lesen pengeluaran cip-cip RAM jenis RAMBUS ini kepada syarikat-syarikat lain sebaliknya mengeluarkannya sendiri. Ini menjadikan sumber, permintaan dan pasaran tidak stabil yang membawa kepada peningkatan RAM berasaskan RAMBUS. Apabila cip berkenaan mahal, pengguna enggan membelinya dan pada masa yang sama pula muncul RAM DDR yang jauh lebih murah.

DDR - Modifikasi kepada konsep operasi pada SDRAM membolehkannya menambah kelajuan sebanyak satu kali ganda dengan mudah. Oleh kerana modifikasi yang dilakukan tidak banyak dan industri telah mempunyai kemudahan sedia ada untuk menghasilkan SDRAM, RAM jenis ini menjadi pilihan yang membawa kepada harga pasaran yang rendah. Kelajuan yang ditawarkan bermula dengan 200Mhz, 266Mhz, 300Mhz, 333Mhz dan terkini 400Mhz.

 

 

 

 

Laman Utama ] Atas ]

Sila hantarkan email ke alamat [email protected] jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan.
Hakcipta Terpelihara � 2003 miEkkb Computer Services
Tarikh Kemaskini: 12/19/03