Sistem Pengoperasian
Laman Utama / Makluman / Produk / Perkhidmatan

 

 

 

 

[Under Construction]

 

Untuk menggunakan komputer, seharusnya terdapat Sistem Pengoperasian yang sesuai dan juga pakej perisian yang sesuai. Persoalannya, apa yang sesuai ?

Sistem Pengoperasian(Operating System - OS)

Sistem Pengoperasian adalah aturcara khas yang digunakan untuk membolehkan fungsi-fungsi komputer berintegrasi dan dengan itu dapat dikawal dengan mudah oleh penggunanya. Pengeluar sistem pengoperasian yang terkenal adalah Microsoft dengan siri DOS dan Windowsnya iaitu bermula dari Windows 3.1, Windows 3.11 for Workgroup, Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows NT 3.5, Windows NT 4.0, Windows 2000, WindowsXP dan terbaru Windows 2003 Server.

Bagi komputer peribadi yang biasa, edisi Windows yang terkini adalah Windows XP

Namun begitu terdapat banyak lagi pilihan sistem pengoperasian untuk komputer peribadi, antaranya ialah Linux, BeOS(semakin kurang digunakan), OS/2(daripada IBM) dan pelbagai lagi.

Bagi siri Windows, anda perlu memberi perhatian kepada cara anda ingin menggunakan komputer anda sebelum membuat pilihan. Ini kerana terdapat banyak varians bagi siri Windows yang dikeluarkan oleh induknya iaitu Microsoft bagi disesuaikan dengan kehendak pengguna. Contohnya WindowsXP mempunyai dua varians yang utama iaitu WindowsXP Home dan WindowsXP Professional. Bagi pengguna di rumah atau pejabat/tempat kerja dengan bilangan komputer tidak lebih daripada lima atau enam buah komputer, WindowsXP Home Edition sudah mencukupi, namun jika melibatkan lebih dari jumlah komputer yang disebutkan tadi, penggunaan WindowsXP Professional Edition adalah digalakkan, jika tidak anda akan menghadapi masalah untuk berkongsi pelbagai sumber dalam rangkaian dan sudah tentunya akan menjejaskan sekuriti(keselamatan data atau maklumat) dalam sistem anda.

 

 

 

Laman Utama ] Atas ]

Sila hantarkan email ke alamat [email protected] jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan.
Hakcipta Terpelihara � 2003 miEkkb Computer Services
Tarikh Kemaskini: 12/19/03