|
|
|
|
Motherboard (kadangkala dikenali dengan sebutan mainboard atau mobo sahaja) merupakan papan litar utama pada unit komputer peribadi. Papan ini menjadi asas yang membolehkan cip mikroprosesor dan peralatan lain menjalankan fungsinya. Ianya juga menyediakan 'penghubung' antara mikroprosesor, RAM(memori), cakera keras(hard disk/storan), pemacu CD/DVD/disket, USB, graphic card, video card, dan sebagainya. Terdapat pelbagai standard(piawaian) bagi sistem penghubung. Pada unit-unit lama terdapat penghubung(atau 'bus') ISA(Industry Standard Architecture), kemudiannya VESA(Video Enhanced Standard Architecture), MCA(Micro Component Architecture), PCI(Peripheral Component Interconnect), AGP(Accelerated Graphic Port) dan yang terkini adalah PCI-X atau pun dikenali juga dengan PCI-Express serta USB(Universal Serial Bus). AGP dan PCI-Express dikhaskan untuk sambungan kepada graphic card manakala penghubung lain boleh berfungsi dengan pelbagai jenis alat/card. Selain itu terdapat pelbagai lagi subsistem lain bagi membolehkan mobo menyokong fungsi komputer peribadi, antara yang paling utama ialah sistem bekalan kuasa kepada komponen/subsistem lain. Mobo mendapat kuasa daripada unit pembekal kuasa(power supply) yang telah siap sedia menukarkan voltan tinggi bekalan eletrik domestik iaitu 230Volts kepada 12Volts dan 5Volts pada umumnya bagi kebanyakan sistem. Mobo akan menukarkannya kepada voltan yang lebih sesuai untuk dibekalkan kepada komponen-komponen yang sensitif dengan elektrik ini. Kebelakangan ini terdapat mobo yang telah siap sedia menyediakan fungsi graphic card dan juga soundcard(bahkan juga ada yang telah menambah fungsi modem serta network dan sebagainya) tanpa perlu menambah komponen lain. Tujuan utamanya adalah untuk penjimatan. Namun begitu biasanya fungsi sedia ada(built-in) ini ada kekurangannya. Contohnya bagi fungsi graphic card sedia ada, biasanya akan menggunakan RAM atau memori utama yang ada pada mobo. Ini dilakukan dengan 'mencuri' sedikit akses kepada RAM. Secara teorinya ini akan menjejaskan keupayaan(dan kelajuan) unit komputer secara langsung. Namun begitu oleh kerana sistem komputer peribadi terkini sudah begitu tinggi kelajuannya, kekurangan ini tidak dirasai sekiranya komputer hanya digunakan untuk kegunaan biasa.]
|
|
|
Sila hantarkan email ke alamat
[email protected] jika anda mempunyai
sebarang pertanyaan atau kemusykilan.
|