Heatsink & Kipas
Laman Utama / Makluman / Produk / Perkhidmatan

 

 

 

 

[Under Construction]

Komponen ini pada suatu ketika dahulu tidak diperlukan pada komputer peribadi, namun kini ianya menjadi suatu kemestian. Ini kerana peningkatan prestasi dan penggunaan tenaga elektrik pada komputer moden membuatkan sesetengah komponen menjadi panas dengan cepat. Bagi kebanyakan komponen elektrik/elektronik, haba menjadi musuh ketat mereka kerana haba boleh mengubah sifat fizikal mereka termasuk tindakbalas  terhadap arus elektrik. Oleh itu sistem penyejukan yang sesuai adalah diperlukan bagi komponen-komponen seperti ini.

Pada mulanya para jurutera meletakkan heatsink atau penyerap haba pada komponen yang berkenaan. Heatsink pada kebiasaannya merupakan kepingan logam yang mempunyai sirip-sirip atau jalur khas pada satu permukaan dan rata pada satu permukaan. Permukaan yang rata diletakkan pada komponen yang panas tadi dan menyerap haba daripada komponen berkenaan, manakala permukaan bersirip/berjalur membebaskan haba dengan capat ke udara persekitaran. Kaedah ini berkesan sehingga ke suatu peringkat sahaja kerana komponen-komponen baru terlalu panas dan kaedah yang lebih aktif diperlukan. Dengan itu kipas ditambah pada permukaan pembebas haba tadi bagi menjamin pengaliran udara di sekitanya.

 

 

 

Laman Utama ] Atas ]

Sila hantarkan email ke alamat [email protected] jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan.
Hakcipta Terpelihara � 2003 miEkkb Computer Services
Tarikh Kemaskini: 12/19/03