Hard Disk
Laman Utama / Makluman / Produk / Perkhidmatan

 

 

 

 

[Under Construction]

Hard disk atau cakera keras merupakan storan ingatan utama bagi pengguna komputer peribadi. Ini kerana ianya besar dari segi kapasiti dan ini menjadikannya sesuai untuk menyimpan pelbagai jenis fail, dari fail-fail kerja hinggalah kepada permainan/games dan muzik(MP3, WMA, MPEG dsb).

Sebagaimana namanya, ianya terdiri daripada cakera logam yang keras(biasanya aluminium oksida) yang mempunyai partikel-partikel magnet yang sangat halus dan sensitif pada permukaannya. Pada partikel-partikel magnet ini data-data dan maklumat disimpan. Data-data dan maklumat ini 'ditulis' dan 'dibaca' menggunakan kepala khas yang sangat halus seumpama jarum lagaknya. Sewaktu beroperasi, cakera ini berpusing dengan sangat pantas(pada model-model yang biasa sama ada 5400rpm atau 7200rpm). Putaran ini secara fiziknya membolehkan membolehkan kepala baca/tulis tadi sedikit terapung pada permukaan cakera semasa beroperasi dan ini membolehkannya beroperasi tanpa calar, sungguh bijak. Pada kebiasaannya semua peralatan ini dibungkus agar ianya kedap udara bahkan bagi sesetengah model, gas khas dimampatkan ke dalam unit hard disk berkenaan. Ini adalah untuk mengelakkan habuk dan mengurangkan kadar kehausan pada alat berkenaan.

Hard disk yang biasa menggunakan antaramuka IDE (Integrated ..............atau EIDE (Enhanced IDE) atau kadangkala dikenali dengan ATA

Hard disk prestasi tinggi bagi komputer peribadi menggunakan sama ada antaramuka SCSI (Small Computer System Interface) ataupun SATA (Serial ATA)

 

 

 

Laman Utama ] Atas ]

Sila hantarkan email ke alamat [email protected] jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan.
Hakcipta Terpelihara � 2003 miEkkb Computer Services
Tarikh Kemaskini: 12/19/03