|
|
|
|
Cakera kapasiti besar ini mula digunakan pada komputer peribadi dengan kemunculan CD(Compact disc). CD pada mulanya dihasilkan oleh syarikat Phillips dari Belanda sebagai medium storan untuk muzik sahaja. Namun seteleh diubahsuai dan dimajukan, ianya boleh digunakan di komputer peribadi bukan sahaja untuk menyimpan muzik/bunyi bahkan untuk menyimpan data. Penggunaan CD berkembang meluas setelah diperkenalkan kerana secara perbandingannya ianya sangat besar dari segi kapasiti, sangat lasak dan tahan lama serta faktor paling penting, ianya murah. Seteleh sekian lama berada dalam pasaran dan dimajukan sedikit demi sedikit muncul pula CD-R dan CD-RW yang membolehkan pengguna memasukkan kandungan data mereka sendiri ke dalam CD yang dikhaskan. Dengan teknologi multimedia dan perisian yang berkembang pesat, kapasiti CD yagn suatu masa dahulu dianggap sangat besar kini mula menjadi kecil secara perbandingannya. Dengan itu beberapa syarikat elektronik konsumer gergasi iaitu Phillips, Toshiba, Sony dan beberapa lagi yang lain mula membina format baru yang dikenali sebagai DVD(Digital Versatile Disc). Namun begitu oleh kerana teknologi sokongan yang masih belum mencukupi dan faktor perebutan pasaran serta beberapa faktor utama yang lain membuatkan penghasilan DVD terbantut dan format yang dihasilkan tidak stabil dan menimbulkan pertelingkahan antara pengeluar-pengeluar utama tadi. Hanya setelah beberapa tahun kemudiannya barulah mereka mencapai kata sepakat dan format yang stabil dapat dihasilkan. |
|
|
Sila hantarkan email ke alamat
[email protected] jika anda mempunyai
sebarang pertanyaan atau kemusykilan.
|