Casing
Laman Utama / Makluman / Produk / Perkhidmatan

 

 

 

 

[Under Construction]

Casing adalah perumah bagi komponen-komponen utama komputer. Pilihan casing yang betul adalah penting bagi disesuaikan dengan kegunaan komputer dan juga bajet anda. Casing yang murah bermula daripada RM80 hinggalah kepada beberapa ribu ringgit. Sesetengah casing yang mahal ini telah menyertakan bersama mainboard dan beberapa komponen lain.

Casing yang ringkas menyediakan bekalan kuasa serta ruang dan mekanisma yang sesuai untuk menempatkan motherboard, pemacu-pemacu cakera(disk drives) samada floppy, CD/DVD, hard disk dan sebagainya.

Manakala bagi casing bagi komputer prestasi tinggi mempunyai pelbagai perkakasan tambahan, biasanya untuk memastikan persekitaran dalamannya sesuai untuk komponen-komponen prestasi tinggi. Contohnya mekanisma penyejukan seperti kipas-kipas tambahan, ada juga yang menggunakan sistem penyejukan cecair bahkan sistem pendingin hawa(seperti air-cond/peti ais)!!! Biasanya sebagai tambahan terdapat sensor-sensor haba bagi mengesan sebarang kenaikan suhu.

Dari segi kosmetik, casing masa kini tidak ubah seperti sebuah kereta. Terdapat pelbagai aksesori yang boleh dipasang bagi membuatkannya kelihatan menarik. Kini terdapat casing yang mempunyai ruang 'tingkap' kaca/plastik yang membolehkan komponen dalamannya dilihat, dan untuk menambah lagi daya penarik, lampu neon atau fluorescent dengan warna yang garang atau sejuk dipasang. Ini mempunyai nilai estetikanya sendiri membuatkan unit komputer berkenaan menarik untuk digunakan/dilihat.

 

 

 

Laman Utama ] Atas ]

Sila hantarkan email ke alamat [email protected] jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan.
Hakcipta Terpelihara � 2003 miEkkb Computer Services
Tarikh Kemaskini: 12/19/03